vandalisme

 vandalisme 


Pengenalan vandalisme 
Pada masa kini , gejala vandalisme di negara kita semakin menjadi bualan . Gejala vandalisme ini sering dikaitkan dengan remaja zaman kini .Hal ini kerana, golongan remaja ini mudah terpengaruh dengan sesuatu gejala atau budaya yang tidak sihat terutamanya gejala vandalisme. Maksud vandalisme menurut kamus dewan adalah satu bentuk jenayah di sisi moral. Sebarang perbuatan seperti menconteng dan merosakkan harta benda awam dianggap sebagai vandalisme. Vandalisme juga dikenali sebagai gejala laku musnah iaitu tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalisme ini berasal daripada nama sebuah puak di Eropah yang dikenali sebagai Vandal. Kebiasaannya, gejala vandalisme ini dianggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu vandalisme ini juga merupakan satu bentuk jenayah ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap keadaan masyarakat. Motif kejadian vandalisme biasanya terletak pada aspek emosi. Vandalisme ini dianggap sebagai suatu cara untuk melepaskan geram atau pun cara untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun mereka dianggap ringan, tetapi masyarakat awam dan terutamanya kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat daripada vandalisme tersebut.

Jenis-jenis vandalisme 

-merosak 
-menconteng atau grafiti
-mencemar 
-membakar 
-menampal pelekat
-jenayah siber 

Punca- punca terjadinya vandalisme

      Vandalism ini disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja dalam melakukan perbuatan salah laku ini.Ini kerana,golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya.Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap,nilai dan tingkah laku remaja,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga

      Pengaruh media massa mempunyai kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini.Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan kearah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme.Remaja juga gemar meniru dan terikut-ikut dengan perkara yang berlaku disekeliling mereka termasuk media massa,apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

Langkah-langkah untuk mengatasi vandalisme

        peranan ibu bapa harus menyalurkan lebih kasih sayang kepada anak-anak. Anak yang baru dilahirkan ibarat sehelai kertas putih, ibu bapalah yang berperanan membentuk sahsiah diri mereka. Sebagai contoh, ibu bapa boleh memberi lebih tumpuan dan memberi nasihat atau dorongan yang membina apabila anak-anak mereka menghadapi masalah tertentu. Didikan yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak supaya mereka menghargai harta benda awam yang terdapat di sekeliling mereka. Selain itu, ibu bapa juga harus memantau aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak serta mengetahui latar belakang rakan anak mereka. Sekiranya anak-anak mereka terlibat dengan gejala salah laku ini, tindakan sewajarnya perlu diambil oleh ibu bapa, Bak kata pepatah, “Sayang anak,tangan-tangankan”.

      Peranan media massa juga amat penting bagi membendung masalah vandalisme pada masa kini.Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dalam memberi kesedaran, memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam pelbagai bentuk rancangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa. Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat memahami dan menghayati kempen “Harta Awam Milik Bersama”, kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat merealisasikan keberkesanannya.

            pihak sekolah harus mewajibkan pelajar yang bermasalah untuk berjumpa dengan guru kauseling. Guru kaunseling akan memberi nasihat dan cadangan yang setimpal dengan keperluan dan kehendak mareka. Guru kaunseling boleh menjadikan teman sejati atau pembimbing kepada pelajar. Guru kaunseling boleh diibaratkan sebagai penyuluh pelajar untuk memimpin mereka melangkah keluar dari kegelapan.

            Selain daripada peranan sekolah, langkah lain yang boleh diambil adalah melalui kerjasama masyarakat juga perlu bagi menangani gejala vandalisme ini. Masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme berlaku secara berleluasa di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti menconteng dinding bangunan dan merosakkan telefon awam perlu diambil perhatian. Masyarakat di sesebuah kawasan perlu mengadakan mesyuarat dengan penduduk di kawasan tersebut. Semua anggota masyarakat perlu bekerjasama bagi membendung masalah yang semakin berlarutan sehingga hari ini. Pihak masyarakat kawasan tertentu juga perlu bersepakat bagi menangani vandalisme seperti mengenakan denda kepada pelaku yang melakukan perkara tersebut. Denda yang sewajarnya perlu dilaksanakan bagi memberi pengajaran serta pedoman kepada pesalah tersebut agar tidak terus melakukan perkara yang salah ini.


            Di samping itu, kerjasama oleh pihak kerajaan juga amat penting bagi membanteras kegiatan vandalisme ini. Penguatkasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan secara berkesan oleh pihak berkenaan. Di bawah (Akta Kerajaan Tempatan 9 undang-undang kecil vandalisme), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun jika sabit kesalahan. Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. Tindakan yang lebih tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada masyarakat lain.

Penutup

        Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu kerana gejala vandalisme akan menpengaruhi keamanan dan kesejahteraan  bagi sesebuah negara yang sedang membangun . Bab kata pepatah “Sediakan payung sebelum hujan”, pelbagai langkah yang berkesan perlu diambil dengan segera supaya masalah ini tidak akan menjadi batu penghalang kepada pembangunan negara.Dengan kata lain, pihak kerajaan,institusi keluarga dan media massa perlu berkerjasama antara pihak satu sama lain supaya masalah vandalisme dapat diselesaikan dengan lancar and efektif


RUJUKAN

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/vandalisme-di-hotel-kuarantin-suspek-disyaki-alami-masalah-mental-242275


 SEKIAN  TERIMA  KASIH

                                                                  PENULIS


NUR HUSNA NABILAH BINTI AZMI 
NO MATRIK :(DPZ201923470)







Comments