BERZINA

BERZINA


Zina Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).

 

Zina jugak terbahagi kepada tiga jenis iaitu zina muhsan, zina bukan muhsan, dan zina Al – laman. Zina muhsan ialah lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkawin) maksudnya, seseorang yang telah menikah atau memiliki suami atau istri namun tidak menjaga diri dari bersetubuh dengan orang yang bukan mahram.

 

Selain itu, zina bukan muhsan ialah lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin). Contohnya lelaki atau perempuan yang belum berkawin tetapi melakukan persetubuhan

 

Seterusnya, zina al - laman terbahagi kepada lima jenis perbuatannya iaitu : zina ain (mata) di mana seseorang itu memandang individu lain dengan perasaan bernafsu, zina qabli (hati) yang membuat seseorang berimaginasi tentang perbuatan seksual, zina yadin (tangan ) bila seseorang itu dengan sengaja  dengan memegang individu lain  dengan nafsu, zina lisan aapabila seseorang sengaja berkata sesuatu yang menaikkan nafsu dirinya atau individu bukan mahramnya serta zina luar apabila seseorang itu memegang alat kelamin individu lain dengan syahwat.

Zina al –laman berbeza dengan konsep zina yang kita biasa dengari kerana perbuatan itu adalah perbuatan – perbuatan kecil yang dilakukan secara seksual tanpa melibatkan persetubuh.

 

Hukuman yang dikenakan keatas orang yang zina muhsan dan bukan muhsan ialah Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :

 ”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.

 

  Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :  ”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”

 

Kesan akibat perbuatan zina ialah boleh menjatuhkan maruah diri akibat perbuatan zina yang dilakukannya. Ia jugak boleh menyebabkan penyakit berbahaya iaitu HIV,AIDS. Seterusnya boleh berlaku jenayah seperti membuang bayi dan boleh melahirkan generasi yang tidak jelas nasabnya perbuatan ini boleh mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.

 

Faktor dan punca berlakunya perbuatan zina ialah kurang didikan agama oleh ibu bapa dan ia boleh jugak akibat pergualan bebas antara lelaki dan perempuan. Selain itu, seseorang yang lemah iman jugak boleh terjerumus dengan perbuatan zina. Menonton video lucah jugak boleh terjebak dengan perbuatan tersebut.

 

Cara mengatasi perbuatan zina ialah memberi didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapa supaya anak anak tidak terjebak dengan perbuatan zina. Melaksanakan hukuman mengikut islam jugak perlu dilaksanakan bagi mengelakan perbuatan zina semakin berleluasa di negara kita. Dan menutup tempat tempat maksiat seperti disco (kelab malam) tempat tempat pelacuran untuk mengelakan masyarakat terjerumus dari perbuatan tersebut akhir sekali para wanita perlulah menutup aurat untuk mengelakan dari pandangan orang sekeliling yang boleh terjerumus dengan perbuatan zina.

 

Kesimpulannya kerajaan malaysia perlu melakukan hukum hudud supaya  rakyat takut dengan hukuman yang akan dikenakan kepada orang yang berzina seperti di indonesia acheh mereka melaksanakan hukum hudud dan telah menjatuhkan hukum kepada orang yang bersalah.

 

RUJUKAN

http://www.muftimelaka.gov.my/masjid/infoislam/jinayat/zina.htm

BUKU AGAMA ISLAM TINGKATAN 4


 

 SEKIAN   TERIMA   KASIH


PENULIS


ABDUL HADI BIN ABD GHAPAR 
NO MATRIK :(DPZ201923512)




Comments