Etika semasa perintah kawalan pergerakan
Etika semasa perintah kawalan
pergerakan
Dalam situasi negara berhadapan dengan krisis pandemik COVID-19 yang
telah menggugat keadaan sosioekonomi global, kerajaan telah mengisytiharkan
Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020. Bagi
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 telah diwartakan pada 18 Mac 2020. Bagi
meningkatkan lagi keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan ini, orang ramai
dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi
keperluan-keperluan asas. Selain itu, amalkan penjarakkan sosial dari orang
sekeliling demi mengelakkan jangkitan COVID-19.
Pelbagai cabaran
yang dialami oleh setiap individu semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Implikasi wabak menyebabkan majoriti pejabat, perniagaan,
universiti bahkan sekolah di seluruh dunia ditutup demi memutuskan rangkaian
jangkitan. Secara
umum, cabaran amat besar buat semua termasuk guru. Pada masa inilah segala
kemahiran pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian teruji. Guru
perlu membuat banyak persediaan bahan, merakam video bagi murid yang menghadapi
masalah untuk mengikuti pembelajaran dalam talian bersama guru serta
menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer setiap hari untuk mengajar,
menyemak latihan dan tugasan serta memberikan maklum balas. Kaedah
penilaian alternatif perlu diinovasikan menerusi pelaksanaan secara
simulasi, virtual learning, demonstrasi
dan eksperimen atas talian, keusahawanan atas talian dan lain-lain lagi yang
telah mula dilaksanakan. Keadaan krisis pandemik COVID-19, pelbagai fleksibiliti serta kemudahan
dapat membantu pelajar menangani cabaran teknikal, sosio-ekonomi mahupun emosi
dalam meneruskan pengajian mereka. Panduan pelajar dalam menjalani norma baharu
pembelajaran secara atas talian, pelajar haruslah sentiasa ambil maklum akan
sebarang maklumat perkongsian yang diberikan oleh pensyarah yang kerap
menggunakan medium Whatsapp Group atau e-learning sebagai platform utama penyampaian
kepada mereka. Ibu bapa yang sebelum ini sibuk
bekerja mempunyai peluang untuk menikmati saat berharga bersama anak, membantu
mereka dalam pelajaran, melakukan pelbagai aktiviti seharian bersama, solat
berjemaah pada awal waktu bersama, bahkan berpeluang menurunkan kelebihan,
pengalaman, kematangan masing-masing kepada anak.
Saban hari di media
sosial ramai yang gemar berkongsi perkara yang memberi kebaikan kepada orang
lain. Contohnya, kita berkongsi video lucu, tujuannya untuk mengurangkan
tekanan. Kita juga berkongsi petua tentang amalan seharian di rumah, tujuannya
agar menghilangkan kebosanan. Semuanya agar masyarakat tetap menjaga kesihatan,
walaupun pergerakan kita terhad. Malah, ada juga yang menghasilkan video untuk
memberitahu apakah makanan atau herba bagi membunuh virus COVID-19. Kita wajib
bersyukur dengan keprihatinan masyarakat dan menghargai kerajaan yang prihatin
melalui pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan semata-mata untuk menjaga dan
menjamin kebajikan serta kesejahteraan rakyat. Ini menunjukkan nilai dan etika
membantu orang lain, apa yang kita kongsikan harus benar-benar tidak tersasar
daripada landasan kebenaran.
Kesimpulannya, Perintah Kawalan
Pergerakan memberi hikmah yang besar terhadap diri kita sebagai pelajar mahupun
pekerja khususnya dalam mempelajari perkara baharu, menguruskan tugasan dan
menangani cabaran yang dihadapi apabila melaksanakan tugasan di rumah. Ini
merupakan satu pengalaman bagi semua pihak terhadap pelbagai kemungkinan dan
memerlukan kepada penyelarasan, kebijaksanaan dan tekad dalam memastikan tugas
yang diamanahkan dapat dilakukan dengan jayanya.
SEKIAN TERIMA KASIH
PENULIS
NUR ATIKAH FITRAH BINTI ZULKIFLI
NO MATRIK :
(DPZ201923532)
Comments
Post a Comment