BUNUH DIRI


 BUNUH DIRI



1.Takrif Bunuh Diri

Mengikut Kamus Dewan Bahawa ialah mengambil nyawa sendiri dengan sengaja.

Untuk itu banyak cara yang dilakukan oleh orang ingin membunuh diri sendiri seperti menembak diri sendiri, terjun daripada tempat yang tinggi, menggantungkan diri sendiri, meminum racun dan pelbagai bentuk lagi.

                                  

2.Haram Membunuh Diri

Kami mulakan dengan firman Allab SWT:

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

MaksudnyaDan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.

(Surah al-Baqarah: 195)

                                                      

Pendapat ulama jelas menunjukkan kepada kita bahawa membunuh diri adalah haram dan termasuk dalam dosa besar. Sehingga ramai ulama memasukkan dalam kitab masing-masing berkenaan dengan dosa besar salah satunya ialah membunuh diri.

 

 

3.Kadar Pembunuhan Diri

 

Kadar membunuh diri juga lebih tinggi dalam kalangan warga emas. Penyakit mental yang serius seperti kemurungan, skizofrenia, bipolar juga menyumbang kepada berlakunya bunuh diri. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perbuatan bunuh diri dalam kalangan warga emas termasuklah mempunyai penyakit fizikal (barah arthritis), tiada sokongan keluarga, kemurungan, kematian mereka yang disayangi dan kesepian.

 

 

4.Bagaimana mengenal pasti seseorang yang berisiko membunuh diri?

Semua percubaan membunuh diri perlu diberi perhatian!

Seseorang yang bercakap tentang idea atau hasrat untuk membunuh diri.Seseorang yang pernah mencuba membunuh diri. Selain itu,seseorang yang mempunyai sejarah keluarga bunuh diri. Mempunyai tanda-tanda kemurungan seperti tidak mempunyai harapan.Penyalahgunaan dadah. Seseorang membuat rancangan untuk membunuh diri seperti mula mengagihkan harta dan menulis nota membunuh diri.

 

 

5.Kesimpulan

 

Berdasarkan hasil kajian,dapat disimpulkan bahawa jalan penyelesaian dari masalah dengan membunuh diri adalah perbuatan yang salah dan sangat dilarang didalam islam sendiri kerana setiap masalah yang kita hadapi itu pasti ada jalan penyelesaian dia. Ingatlah bahawa masih ramai yang sayangkan diri kita tiada guna mengambil jalan mudah dengan membunuh diri itu sendiri.Bak kata pepatah,”Hidup tidak kerana kaul,mati tidak kerana sumpah”.

 

6.Rujukan

 

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1124-bayan-linnas-siri-74-tekanan-hidup-yang-membawa-bunuh-diri-hukum-dan-penyelesaiannya

http://www.myhealth.gov.my/membunuh-diri-a-cubaan-membunuh-diri-membunuh-diri-a-cubaan-membunuh-diri/


 SEKIAN  TERIMA  KASIH


                                                                PENULIS



UMMI AISYAH BINTI SABRI

NO MATRIK :(DPZ201923533)




Comments